ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah yang ke-15 dijadual mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit dekat sini, pagi esok.
Menurut surat jemputan media yang dikeluarkan pihak Istana Kedah, istiadat angkat sumpah jawatan itu akan berlangsung pada jam 9 pagi.
Istiadat berkenaan akan berlangsung di hadapan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Difahamkan, satu sidang media akan dibuat oleh Menteri Besar Kedah sejurus selepas selesai istiadat angkat sumpah berkenaan.
Sidang media tersebut akan diadakan di Wisma Darul Aman sekitar jam 11.30 pagi.
Bagaimanapun, masih tidak dapat disahkan sama ada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan kekal memegang jawatan tersebut atau sebaliknya.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN15), Perikatan Nasional (PN) Kedah berjaya membolot sebanyak 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Angka itu menjadikan PN mempunyai majoriti yang kukuh bagi membentuk kerajaan negeri.
Hilmi Malik
Sun Aug 13 2023
Istiadat angkat sumpah jawatan itu dijangka berlangsung pada jam 9 pagi esok di Istana Anak Bukit. - Gambar fail
Coppa Italia: Juventus julang piala pertama dalam tempoh tiga tahun
Jaringan awal Dusan Vlaholic membantu Juventus meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Atalanta dalam perlawanan akhir Coppa Italia .
Kecerdasan Buatan (AI) bantu guru tempatan berinovasi
Kewujudan kecerdasan buatan (AI) dimanfaatkan seorang guru tempatan bagi tujuan memperkaya inovasi dalam pengajaran.
Menurut guru sekolah menengah kebangsaan agama perempuan Alawiyah, perlis, Khairil Azmir Ahmad, beliau turut melihat kecerdasan buatan sebagai pembantu untuk mencetuskan pelbagai solusi kepada masalah dihadapi pelajarnya.
Menurut guru sekolah menengah kebangsaan agama perempuan Alawiyah, perlis, Khairil Azmir Ahmad, beliau turut melihat kecerdasan buatan sebagai pembantu untuk mencetuskan pelbagai solusi kepada masalah dihadapi pelajarnya.
Guru disaran bangunkan kompetensi digital secara kendiri
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyarankan golongan pendidik membangunkan kompetensi digital secara kendiri bagi memenuhi keperluan dalam melaksanakan tugas.
Lagi harimau belang mati dilanggar
Seekor harimau belang jantan dewasa dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Kilometer 50.8 arah Kuala Lumpur pada Khamis.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).